Final Exam!

May 15, 2011 2 comments


| Peperiksaan Akhir Semester 3 |
| Persijilan Tahfiz DQ-UIAM 10/11 |
| 16-19 Mei 2011 |

Categories: Darul Quran, Imtihan Tags: , ,

Aku mencari keceriaan…

May 5, 2011 5 comments


Saat hatiku mula bertanya..
Bilakah mahu mencari keceriaan..
Lalu aku menjumpainya..
Ia ada pada teman-teman..

[Tasik Huffaz Darul Quran | Haluan Siswa Persijilan 11/12]

Categories: Artwork, Memori Tags: , , ,

.:: Saff Perwakilan IQRaC 2010/2011 ::.

May 5, 2011 2 comments



Kredit kepada Usth Aisyah (Poster 2)

Wasiat seorang Hafiz kepada Para Huffaz

May 4, 2011 4 comments

Sabtu, 23 April 2011.

Keliru.

Aku sangka hari ni hari Jumaat. Ramai yang datang ke masjid DQ zohor hari ni. Cukup 40 orang jemaah solat Jumaat, bahkan lebih.

Azan dah dikumandangkan kira-kira 10 minit lepas. Merdu suara bilal, Azmil Akid. Azan ala-ala Tanah Arab pula. Mentang-mentang la Syeikh nak datang Zohor ni. Geli hati juga kadang-kadang. Mana taknya, pagi tadi, satu asrama kedengaran dari corong-corong speaker pelajar suara merdu Imam Masjidil Haram membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

“Demam as-Sudaisi la tu..”mesej seorang sahabat dari atas bas-lawatan ke UIAM. Pandai pula dia meneka.

Masuk saja ke dalam masjid, aku nampak beberapa orang jemaah sedang iadah, berzikir dan solat sunat. Bahkan ada juga yang sedang berbual! Mungkin dah penat solat sunat dan berzikir-huh!

Aku mencari satu sudut, terus solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat qobliah zohor.

Tut..tut..tut..handphone LG aku vibrate setelah selesai solat sunat.

“Abg Afwan, dah masuk waktu ni..tapi x solat lg..cmna?” aku baca mesej daripada Nuruddin-junior sem 1.

“Tak apa..tunggu dulu..nanti Syeikh jadi imam kita..tak pun, ana qomat, nta jadi imam k..” aku membalas.

“Uih..camtu pula..” balasnya pendek.

“Bukan senang Syeikh nak jadi makmum nta..” balasku sambil senyum kecil. Seronok mengusik junior.

* * *

Beberapa minit kemudian, Syeikh Sudais tiba. Orang ramai beratur di tepi red carpet sehingga ke tempat imam. Zohor itu, aku menjadi makmum kepada Imam Masjidil Haram, Al-Fadhil Sheikh Dr. Abdul Rahman al-Sudais.

Selesai mengimami solat Zohor, Al-Fadhil Syeikh telah menyampaikan muhadharah dalam bahasa Arab. Aku yang hanya belajar bahasa Arab sehingga tingkatan lima hanya mampu mendengar. Sempat juga untuk “tangkap” beberapa isi-isi penting yang disampaikan Syeikh.

Apa yang aku dapat “tangkap”, salah satunya ialah 10 wasiat Syeikh kepada masyarakat terutamanya para huffaz; iaitu wasiat ke-4: tadabburlah ayat-ayat al-Quran dan nasihat terakhir,ke-10: belajarlah bahasa Arab.

Aduh!

Kena pada batang hidung sendiri. Baru kutahu salah satu faedah mempelajari bahasa Arab. Aku tak dapat mengambil input dari Syeikh ketika itu, disebabkan lemahnya bahasa Arab ku. Mujur ada pakar bahasa Arab dari JAKIM yang menterjemah maksud nasihat Syeikh Sudais selepas muhadharah beliau.

Antara amanat yang disampaikan dalam muhadharah tersebut ialah:

1) Beriman dengan al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya.
2) Bersungguh-sungguh membaca al-Quran kerana amalan membaca al-Quran adalah diibaratkan suatu perniagaan yang tidak akan rugi seperti yang disebut di dalam al-Quran.
3) Kepentingan menghafaz al-Quran, dan setiap individu muslim itu perlu menghafaz al-Quran setakat mana yang mampu.
4) Merenungi dan mentadabbur isi kandungan al-Quran kerana ia adalah mu’jizat yang agung yang menjadi taklifan untuk dihayati oleh setiap insan.
5) Melaksanakan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.
6) Hendaklah berakhlak dengan akhlak al-Quran sepertimana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
7) Menjadikan al-Quran sebagai sumber perundangan dan sumber rujukan untuk penyelesaian sebarang masalah
8 ) Mengambil al-Quran sebagai penawar (shifa’), dan bukannya merujuk kepada tukang sihir yang membawa kepada khurafat.
9) Mengawasi dan mengambil berat pada bi’ah sekeliling jika tidak merealisasikan ajaran al-Quran.
10) Menjadikan Islam sebagai cara hidup (way of life) kerana Islam adalah agama yang sempurna merangkumi seluruh aspek  termasuk ibadah, muamalah, syariat dan sebagainya.
Di samping itu, beliau turut menasihatkan kepada para ibu bapa agar mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan memastikan ia menepati manhaj al-Quran agar menjadi pentarbiyahan yang sempurna dan terbaik buat mereka. Beliau juga berpesan kepada semua agar menguasai Bahasa Arab sebaik mungkin bagi tujuan memahami al-Quran. Di akhir ucapan, beliau mendoakan agar Darul Quran khususnya menjadi sebuah pusat pengembangan ilmu al-Quran dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara yang lain dalam memartabatkan al-Quran di persada dunia.
*dipetik daripada: web Darul Quran JAKIM 

Semoga wasiat seorang Hafiz kepada Huffaz ini dihayati dan diamalkan dalam kehidupan kita. Walau tak berpeluang menjadi Hafiz, itu bukan alasan untuk menidakkan nasihat Syeikh Sudais. Maka, nasihat Al-Fadhil Syeikh adalah untuk semua.

credit to: Unit ICT DQ
Categories: Darul Quran, Islam Tags: ,

‘Di manakah Anwar Ibrahim?’ PKR kemuka bukti-mk

March 27, 2011 Leave a comment

Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliDua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Timeshari ini mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengarah Strategi Komunikasi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu.

Tertera adalah catatan yang dimaksudkan: Read more…

Categories: Dunia, Politik Tags: , , ,

Gempa Bumi di Jepun : M8.9!

March 12, 2011 Leave a comment

Hampir pukul 12 tengah malam..
Tiba-tiba Along telefon. Pelik. Kalau di Australia, mungkin dah pukul 2 atau 3 pagi.
“Main XBox la kot..heh”bisik hatiku.
“Ok tak kat sana?”Along terus tanya selepas salam diberi.
“Awat Along?”Aku hairan.
“Ouh, tak dengar apa-apa berita?Along tengok blog tadi. Banyak blog. Jepun gempa bumi tadi. Amaran tsunami kat Indonesia dan Filipina.”
“Ouh..”aku terkedu.
Lepas habis berbual, channel Awani, BRTV dan CTVN jadi sasaranku. Internet menjadi mangsaku. Twitter dan Facebook kubuka. Tak lupa blog ni dan Along betul.

Jepun dilanda gempa bumi berskala 8.9 skala ritcher-gempa bumi terbesar di Jepun!-menyebabkan tsunami di kawasan perairan Pasifik terutamanya. Seperti kata Along, Indonesia dan Filipina menerima amaran awal tsunami. Malaysia? (Terbaru: Tiada amaran di Sabah dan Labuah[Astro Awani])


M8.9!


Kawasan Berisiko

Sumber : Pacific Tsunami Warning Center
Categories: Dunia Tags:

Intro Darul Quran di SBPIKP

March 10, 2011 7 comments

Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”(Hadith riwayat Bukhari)

Bukit Kayu Hitam,Selasa – SEPULUH orang siswa dari Darul Quran JAKIM, 6 orang banin dan 4 orang banat telah berjaya mengadakan Introduksi Darul Quran dengan izin Allah. Program yang diadakan di Bilik Kuliah Al-Farazi, SBP Integrasi Kubang Pasu itu telah dihadiri oleh para pelajar tingkatan 5 Sains Agama muslimin dan muslimat. Barisan KD dan fasi program atas kesedaran yang tinggi, bersungguh-sungguh merancang dan menjayakan program ini atas dasar ingin memperkenalkan Darul Quran kepada para pelajar sekaligus mengajak atau dalam kata lainnya, berdakwah kepada adik-adik supaya berusaha menjadi ahli Allah; penghafal kitab suci al-Quran.

Introduksi DQ ini bermula lebih kurang pada pukul 3.45 petang dengan bacaan Ummul Furqan dan bacaan doa. Seterusnya, Read more…